Hari ini Si Badang mengajak aku mencari kasut Si Ahmad Baihaqi. Kasihan katanya..jahitan yang kujahit baru-baru ini telah ter'berkah'. Oleh kerana aku agak lambat bersiap, Si Badang mengambil keputusan untuk mencari kasut bundle di pasar malam Pulai Chondong.. Apabila Badang pulang, dia memanggil aku dengan girang seraya menunjukkan kasut yang dibelinya... RM2. Dia tidak terkata kerana begitu terkejut dengan harganya dan terus pulang tanpa sempat membelikan apa-apa dari pasar malam. Badang tak sabar untuk menunjukkan kasut tersebut yang memang diperbuat daripada kulit itu kepada aku. Memang cantik.. katanya, dia tak sanggup nak menawar harga. Takut nanti diberi free...Dan dengan penuh kasih sayang, Badang terus menggilap kasut yang dibelinya, sedang bibirnya menguntum senyuman. Rezeki..rezeki.. pastinya, esok Ahmad Baihaqi bergaya ke sekolah.
Kuala Lumpur?
-
Salam sewangi kemboja. Sekian lama tiada berita, terpanggil hari ini
mencatat sedikit hamparan rindu buat simpanan diri sendiri.
Kenangan di Pavillion...
2 years ago
Salam,
ReplyDeleteTahniah kerana telah berjaya menghasilkan blog sendiri.. bolehlah nanti kita berkongsi pendapat...
Rasanya kalau ada lagi kasut yang lebih murah...agak2nya si Badang itu akan memilih kasut tersebut berbanding dengan yang dah dibeli...