Wednesday, June 9, 2010

Alahai cuti sekolah...



Hem..cuti sekolah dah bermula..walaupun sebenarnya bagi aku tak bercuti sebenarnya. Cuti akan menuntut kos yang bukan sedikit..berlipat kali ganda. Anak-anak di rumah persis anak burung, makan..makan...dan makan. Tak kering tangan dibuatnya. Cuti juga adalah peluang berjumpa masyarakat dalam acara kenduri kahwin. Maka bersalam dan menyelit not merah dalam tangan dan diambil oleh orang yang bersalam. Kalau 10 orang, seratus ringgit terbang.. kalau berbelas-belas orang?..kira sendirilah. Tetapi begitulah adat dunia. Duit umpama air sekarang..mencurah dan mencurah. Dan akan berhenti dengan sendirinya. Sampai masa itu, carilah dan koreklah kat mana-mana untuk meneruskan kehidupan.. begitulah cuti. Pada aku lebih baik tidak cuti daripada cuti. Letih pun, setakat kita sahaja....