Wednesday, June 9, 2010
Alahai cuti sekolah...
Saturday, May 29, 2010
3 cerita Dalam 1
Dan pada pagi itu, anak aku Ahmad Baihaqi bertanyakan benang dan jarum. Aku dapat mengagak tujuan pertanyaannya. Dia ingin menjahit kasutnya yang sudah sebulan terkoyak. Bukan aku tidak mahu membelikannya, tetapi aku sangat geram dengan sikapnya yang terlalu ambil mudah. Kasutnya memang agak teruk..terkoyak di bahagian belakang kedua-dua belah kasut. Jadi, pada malam itu, aku jahit kasutnya yang terkoyak..hendak dihantar ke kedai Awi si Tukang Kasut, takut bayarnya lebih dari harga kasut yang sebenar. Aku nak ajar anak aku, biar dia tahu bukan senang untuk mendapatkan sesuatu... ketika menjahit itulah, aku terkenangkan sesuatu, barangkali pada zaman sekarang sudah tidak ada ibu-ibu yang menjahit kasut anak-anaknya.Barangkali juga betapa mudahnya anak-anak mendapatkan sesuatu daripada ibu bapa mereka. Aku teringat akan arwah ayahandaku.. Selagi boleh dibaiki, selagi itulah dia akan membaiki dan menggunakannya. Selipat jepunnya diikat dengan dawai besi untuk menyambung talian hayatnya. Arwah ayahandaku pernah bercerita oleh kerana terlalu sukar untuk mendapatkan sesuatu, mungkin kerana kekangan ekonomi, ataupun kesukaran untuk mendapatkan bahan, pensil yang digunakannya akan disambung dengan pen.. tetapi itulah yang menjadikannya seorang insan yang berjaya dalam melayari kehidupannya sebagai seorang guru.
Monday, May 10, 2010
Yang teristimewa
Sunday, May 9, 2010
Salam perkenalan
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berkat daripada pertolongan sahabat aku yang begitu bermurah hati mengajarkan aku cara-cara menjadi 'bloggers'(konon-kononnya), wajah aku terpapar di sini. Terima kasih banyak-banyak Nik. Walaupun nampak kecil, tetapi aku rasa cukup terharu..bukan apa, aku ingin sekali berkongsi segala rasa dan cerita aku yang banyak bermain di jiwa. Melihat kakak-kakakku yang hebat menjadi pendekar lidah,berpencak menyusun kata, bermain di pentas rasa sedang aku hanya mampu menekur, menghayati setiap bait-bait kata. Kusahut cabaran hati. Dan untuk kesekian kalinya, aku seperti bermimpi dan seperti ingin menangis apabila hajatku menjadi kenyataan.
Apa yang kuharapkan, ruang ini mampu menjana pemikiran dan mengasah bakat penulisan aku..sebagaimana kata Pak Azizi haji Abdullah yang kudengar tuturnya di Seminar Kesusasteraan di USM ..ilham yang ada perlu ditulis, digarap..andai dibiarkan, ia akan menumpulkan jiwa. Itulah yang aku faham, rasanya.
Apapun, terima kasih sekali lagi nik..nanti belanja makan kat kantin mok ngoh.