Monday, May 10, 2010

Yang teristimewa

Hari ini Si Badang aku menyebut"Setiap hari adalah hari istimewa". Maka tertanya-tanya di dalam hati aku, mana yang istimewanya kalau setiap hari adalah istimewa. Kerana keistimewaan itu terletak pada jarang-jarang kemunculannya. Dan kerana kejarangan itulah, ia menjadi hari yang istimewa... Atau mungkin aku saja yang suka berlebih-lebih mencarikan keistimewaan itu. Entahlah.
Pada saat dan ketika ini, Si Badang membawakan si kecilku Aisyah Mariah meronda-ronda dengan kapcainya. Dan aku juga mengambil kesempatan ini untuk berehat barang seketika melepaskan lelah selepas seharian berpenat. Almaklumlah, pulang sahaja dari sekolah, selepas solat zuhur, aku terus menerjah dapurku untuk menyediakan makan tengahari untuk anak-anak dan Si Badang. Bukan aku tidak mahu membeli makanan yang sudah siap, tetapi memikirkan ketidakpuasan hati aku makan nasi bungkus, atau rasanya tidak berbaloi mengeluarkan duit untuk membeli makanan yang sudah siap yang tidak sepadan dengan harganya...aku mengambil keputusan untuk memasak sendiri walaupun sebiji telur goreng mata kerbau. Aku mahu anak-anak aku makan hasil dari air tanganku sendiri yang aku rasa lebih terjamin dari segi kebersihannya.

1 comment: