Saturday, May 29, 2010

3 cerita Dalam 1

Assalamualaikum.. ketemu lagi kita. Agak lambat sebenarnya untuk aku menceritakan kisah ini, tetapi biarlah.. sekadar untuk renungan.Pada 25 Mei yang lalu, result peperiksaan akhir untuk tahun 2 aku sebagai student usm diumumkan. Biarpun masih lagi dalam bentuk 'provisional' yakni 'p' atau 'p*'. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dalam cabaran dan kekangan masa, dihambat waktu sebagai ibu, isteri, guru dan anak, aku masih lagi mampu meneruskan pengajianku. Dan semuanya pasti kerna berkat pertolongan suamiku yang sering memberikan ruang masa untukku dan memberikan dorongan yang tidak berbelah bahagi. Sememangnya sulit untuk diungkap, betapa aku menghambat masa. Letih jiwa..letih fizikal. Apatah lagi apabila Aisyah Mariah yang semakin 'buas' dan setiap masa mencuri perhatian aku. Dan seringkalinya aku membuat 2 kerja dalam satu masa. membuaikan Aisyah dan membaca buku.Semoga 8 jun nanti, menjanjikan sesuatu yang manis untukku apabila keputusan penuh diumumkan.InsyaAllah..
Dan pada pagi itu, anak aku Ahmad Baihaqi bertanyakan benang dan jarum. Aku dapat mengagak tujuan pertanyaannya. Dia ingin menjahit kasutnya yang sudah sebulan terkoyak. Bukan aku tidak mahu membelikannya, tetapi aku sangat geram dengan sikapnya yang terlalu ambil mudah. Kasutnya memang agak teruk..terkoyak di bahagian belakang kedua-dua belah kasut. Jadi, pada malam itu, aku jahit kasutnya yang terkoyak..hendak dihantar ke kedai Awi si Tukang Kasut, takut bayarnya lebih dari harga kasut yang sebenar. Aku nak ajar anak aku, biar dia tahu bukan senang untuk mendapatkan sesuatu... ketika menjahit itulah, aku terkenangkan sesuatu, barangkali pada zaman sekarang sudah tidak ada ibu-ibu yang menjahit kasut anak-anaknya.Barangkali juga betapa mudahnya anak-anak mendapatkan sesuatu daripada ibu bapa mereka. Aku teringat akan arwah ayahandaku.. Selagi boleh dibaiki, selagi itulah dia akan membaiki dan menggunakannya. Selipat jepunnya diikat dengan dawai besi untuk menyambung talian hayatnya. Arwah ayahandaku pernah bercerita oleh kerana terlalu sukar untuk mendapatkan sesuatu, mungkin kerana kekangan ekonomi, ataupun kesukaran untuk mendapatkan bahan, pensil yang digunakannya akan disambung dengan pen.. tetapi itulah yang menjadikannya seorang insan yang berjaya dalam melayari kehidupannya sebagai seorang guru.

No comments:

Post a Comment