Wednesday, June 9, 2010

Alahai cuti sekolah...



Hem..cuti sekolah dah bermula..walaupun sebenarnya bagi aku tak bercuti sebenarnya. Cuti akan menuntut kos yang bukan sedikit..berlipat kali ganda. Anak-anak di rumah persis anak burung, makan..makan...dan makan. Tak kering tangan dibuatnya. Cuti juga adalah peluang berjumpa masyarakat dalam acara kenduri kahwin. Maka bersalam dan menyelit not merah dalam tangan dan diambil oleh orang yang bersalam. Kalau 10 orang, seratus ringgit terbang.. kalau berbelas-belas orang?..kira sendirilah. Tetapi begitulah adat dunia. Duit umpama air sekarang..mencurah dan mencurah. Dan akan berhenti dengan sendirinya. Sampai masa itu, carilah dan koreklah kat mana-mana untuk meneruskan kehidupan.. begitulah cuti. Pada aku lebih baik tidak cuti daripada cuti. Letih pun, setakat kita sahaja....

3 comments:

  1. Tahniah untuk kanda sulongku yang berjaya dinaikkan ke gred dg 54 dalam usia yang begitu muda..pasti dunia kerjayanya lebih luas. Begitu juga kanda milah, dinaikkan ke dg 48. Tahniah semuanya..aku sekadar tumpang genbira dan bahagia..Tak mungkin aku dapat duduk sama rendah bersama mereka,..cukup sekadar membakar semangat.

    ReplyDelete
  2. Adinda rah,
    Duit.. duit.. tak pernah cukup. gaji besar, besralah juga belanjanya. kalau kenduri, kita bagi sikit, nanti dikata orang kedekut pulak, alahai, gred tinggi, 10.00 je?? alahai... terima sajalah hidup ini seadanya. walau bagaimanapun, kanda bangga akan dinda, ibu yang tabah, isteri yang solehah.. amin!!

    ReplyDelete
  3. Rah...
    Itu lah yang dipanggil adat berjiran.dan bersahabat.. kena saling tolong menolong.. niatkan semua tu bersedekah..(walaupun kerana terpaksa....)
    nampaknya berkulatlah kereta dirumah kerana tidak kemana-mana...boleh lah jimat minyak di situ..

    ReplyDelete